MISI - Memberikan perkhidmatan perpustakaan dan maklumat bagi meningkatkan budaya membaca kepada rakyat dan penduduk di negara ini melalui kakitangan mahir dan koleksi yang komprehensif dan terkini.
VISI - Menjadi sebuah perpustakaan utama di Negara Brunei Darussalam
OBJEKTIF - Menggalakkan dan meluaskan penggunaan buku, maklumat dan bahan perpustakaan melalui perkhidmatan peminjaman, rujukan dan perpustakaan bergerak.
- Mendapatkan koleksi lengkap dan bahan perpustakaan lain khusus mengenai Brunei Darussalam tidak kira di mana dan tahun ia diterbitkan.
- Mengumpul, menyusun dan menerbitkan indeks dan bibliografi perkara.
- Penggunaan menyeluruh komunikasi teknologi maklumat.
FUNGSI UTAMA
UNIT BIBLIOGRAFI, RUJUKAN DAN MAKLUMAT
- Menyediakan dan menerbitkan indeks serta bibliografi yang mengandungi maklumat Negara Brunei Darussalam sebagai sumber rujukan untuk mendapatkan bahan atau maklumat yang terdapat dalam koleksi Rujukan Brunei.
UNIT RUJUKAN BRUNEI - Menyediakan perkhidmatan Rujukan Brunei.
- Menjadi pusat rujukan untuk orang ramai dan pengguna mendapatkan maklumat mengenai Brunei melalui koleksi Bruneiana dan pelbagai jenis bahan yang disediakan.
- Membantu pengguna untuk mendapatkan maklumat dan informasi secara meluas dan lebih tepat dengan menggunakan kaedah melalui bibliografi, indeks, ensiklopedia, komputer dan lain-lain.
- Perkhidmatan ini adalah khusus bagi individu, penyelidik, pengkaji, mahasiswa dan mahasiswi serta penuntut-penuntut sekolah.
UNIT RUJUKAN UMUM DAN SUMBER ELEKTRONIK - Menyediakan perkhidmatan Rujukan Umum & Sumber Elektronik
- Menjadi pusat rujukan untuk orang ramai dan pengguna mendapatkan maklumat umum melalui koleksi rujukan umum dan sumber elektronik. Perkhidmatan ini adalah khusus bagi individu, penyelidik, pengkaji, mahasiswa dan mahasiswi serta penuntut-penuntut sekolah
- Membantu pengguna untuk mendapatkan maklumat dan informasi secara meluas dan lebih tepat dengan menggunakan kaedah melalui bibliografi, indeks, ensiklopedia, komputer dan lain-lain
UNIT SIRKULASI DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT - Menyediakan perkhidmatan peminjaman dan pemulangan bahan bagi perkhidmatan;
- Perpustakaan Kanak-Kanak, Muda-Mudi Dan Dewasa;
- Menyediakan perkhidmatan peminjaman dan pemulangan bahan bagi koleksi bahan sekolah seperti kertas soalan peperiksaan;
- Menyediakan perkhidmatan pencarian bahan dan maklumat;
- Menyediakan perkhidmatan komputer dan wifi;
- Menyediakan Perkhidmatan Sistem Peminjaman Kelompok;
- Menyediakan Perkhidmatan Peminjaman Keluarga;
- Menyediakan Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak;
- Menyediakan Perkhidmatan Loker;
- Menyediakan Perkhidmatan Fotokopi;
- Menyediakan Perkhidmatan e-Buku dan bahan-bahan rujukan digital;
- Mengawas, mentadbir dan merancang keperluan sistem e-Perpustakaan;
- Mentadbir dan mengurus laman sesawang rasmi Perpustakaan Brunei Darussalam;
- Menerima lawatan sekolah-sekolah/Institusi tinggi ke Perpustakaan; dan
- Merancang dan Melaksanakan Aktiviti Cuti Penggal Persekolahan.
UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT
- Membantu pengguna perpustakaan mendapatkan maklumat dan ilmu pengetahuan dengan menggunakan teknologi yang sedia ada;
- Menaik taraf sistem yang sedia ada;
- Menerima aduan dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan Teknologi Maklumat;
- Menyediakan bahan-bahan rujukan secara digital;
- Memudah dan mempercepatkan akses kepada pelbagai koleksi Perpustakaan; dan
- Memelihara koleksi nadir dan koleksi yang mudah rosak serta koleksi yang mempunyai risiko keusangan format, selain dari menambahbaik akses kepada kandungannya melalui penyediaan bahan gantian digital.
UNIT PEROLEHAN
- Memastikan koleksi perpustakaan sentiasa relevan dengan keperluan pengguna melalui pemilihan dan pembelian buku atau bahan serial untuk semua cawangan perpustakaan;
- Mengurus dan melaksanakan pembelian bahan bacaan digital, termasuk e-buku dan buku audio, untuk koleksi dalam aplikasi Libby bagi memperluaskan akses pembaca kepada bahan perpustakaan secara dalam talian;
- Mengurus penerimaan bahan yang disumbangkan ke Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka oleh individu, institusi, atau organisasi dari dalam dan luar negara;
- Memastikan semua penerbit tempatan menyerahkan dua naskhah bahan terbitan kepada Pusat Kebangsaan ISBN selepas penerbitan;
- Memastikan semua tuntutan pembayaran daripada pembekal adalah betul dan lengkap sebelum diproses ke Unit Kewangan;
- Merancang dan menyediakan Rancangan Kerja Tahunan untuk memastikan pengurusan perolehan bahan perpustakaan berjalan dengan lancar dan mengikut sasaran yang ditetapkan;
- Memastikan semua bahan yang diterima sama ada melalui pembelian, hadiah, atau pertukaran didaftarkan dalam Buku Daftar Perolehan sebelum diproses ke Unit Katalog untuk pengkatalogan.
UNIT KATALOG
- Mengkatalog bahan perpustakaan secara sistematik mengikut Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey (Dewey Decimal Classification, DDC) bagi memastikan penyusunan bahan di rak lebih teratur;
- Memastikan semua bahan yang diterima melalui pembelian, hadiah, dan pertukaran dikatalog mengikut dasar dan piawaian pengkatalogan yang ditetapkan;
- Mengurus dan mengemas kini rekod katalog bahan perpustakaan dalam sistem pangkalan data perpustakaan bagi memastikan ketepatan maklumat bibliografi.
UNIT AKTA PENYERAHAN BAHAN- Memastikan semua penerbit tempatan menyerahkan tiga naskhah bahan terbitan kepada Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka dalam tempoh satu bulan selepas penerbitan;
- Menerima, mendaftar, dan menyimpan bahan terbitan yang diserahkan oleh penerbit sebagai rekod kebangsaan;
- Menjalankan pemantauan dan memberikan notis peringatan kepada penerbit yang belum mematuhi kewajipan penyerahan bahan;
- Mengurus rekod penerbitan yang telah diserahkan dan memastikan penyimpanannya dalam koleksi perpustakaan negara untuk rujukan.
UNIT PERKEMBANGAN PERPUSTAKAAN - Menyediakan laporan prestasi Bahagian Perpustakaan secara bulanan;
- Menjalankan kaji selidik untuk meningkatkan perkhidmatan, akses, koleksi dan pembangunan perpustakaan serta budaya membaca;
- Memantau perangkaan perpustakaan termasuk tekad pemedulian orang ramai (TPOR) dan kaji selidik tumpuan pelanggan (KSTP) bagi perkhidmatan-perkhidmatan perpustakaan;
- Merancang dan menyelia hal ehwal strategik perpustakaan;
- Merancang dan menyelia hal ehwal kemajuan dan pembangunan perpustakaan;
WAKTU PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN
Cawangan
| Hari
| Pukul | Perpustakaan DBP Sengkurong
| Isnin - Khamis dan Sabtu
| 8.00 pagi - 4.30 petang
| Perpustakaan DBP Lambak Kanan
| Isnin - Khamis dan Sabtu
| 8.00 pagi - 4.30 petang
| Perpustakaan DBP Muara
| Isnin - Khamis dan Sabtu
| 8.00 pagi - 4.30 petang
| Perpustakaan DBP Daerah Tutong
| Isnin - Khamis dan Sabtu
Jumaat
| 8.00 pagi - 4.30 petang
8.00 pagi - 11.30 pagi 2.15 petang - 4.30 petang
| Perpustakaan DBP Seria
| Isnin - Khamis dan Sabtu
| 8.00 pagi - 4.30 petang
| Perpustakaan DBP Kg. Pandan
| Isnin - Khamis dan Sabtu - Ahad
| 8.00 pagi - 4.30 petang
| Perpustakaan DBP Kuala Belait
| Isnin - Khamis dan Sabtu
| 8.00 pagi - 4.30 petang
| Perpustakaan DBP Daerah Temburong
| Isnin - Khamis dan Sabtu
Jumaat
| 8.00 pagi - 4.30 petang
8.00 pagi - 11.30 pagi 2.15 petang - 4.30 petang
| Rujukan Brunei (Cawangan Lambak)
| Isnin - Khamis dan Sabtu
| 8.00 pagi- 12.15 tengah hari 1.30 petang - 4.30 petang
|
| |